Dominican Republic Business Insider
SEE OTHER BRANDS

The best news from the Dominican Republic on business and economy

Bitget Membakar 30 Juta BGB Bernilai $138 Juta untuk S2 2025

VICTORIA, Seychelles, July 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, akan membakar sebanyak 30,001,053.1 BGB (bersamaan 2.56% daripada jumlah bekalan) bagi suku kedua 2025, dengan nilai kira-kira $138 juta ASD berdasarkan harga purata suku tersebut. Ini menjadikan jumlah pembakaran untuk separuh pertama tahun ini melebihi 5% daripada keseluruhan bekalan token BGB, selaras dengan strategi Bitget untuk mengembangkan ekosistem asli token tersebut.

BGB telah muncul sebagai salah satu token bursa terpusat berprestasi tinggi pada tahun 2025, secara konsisten berada di kedudukan teratas dari segi volum dagangan dan permodalan pasaran. Sejak pelancaran awalnya, BGB telah menjalani beberapa penambahbaikan strategik, sekali gus berkembang menjadi aset teras dalam ekosistem Bitget. Kepopularannya yang semakin meningkat didorong oleh permintaan tinggi terhadap fungsinya dalam pelbagai ciri platform seperti pertaruhan, diskaun yuran, akses ke Launchpad dan kelayakan kempen eksklusif. Dengan lebih 120 juta pengguna dalam ekosistem Bitget, BGB berperanan sebagai teras infrastruktur yang menyokong inisiatif ganjaran pengguna dan menyediakan kecairan merentasi pelbagai produk.

Mekanisme pembakaran suku tahunan BGB ialah program automatik yang telah diumumkan terlebih dahulu, bertujuan untuk menghapuskan sebahagian token yang sedang beredar berdasarkan prestasi hasil dan penggunaan BGB di platform. Pendekatan yang berstruktur ini menunjukkan trajektori pertumbuhan pertukaran Bitget dan permintaan transaksi terhadap BGB yang semakin meningkat. Sambil Bitget terus berkembang ke rantau baharu dan bidang produk yang pelbagai—daripada dagangan dikuasakan oleh AI hingga inovasi Launchpool—kegunaan BGB semakin meluas merentasi platform.

“BGB telah menjadi salah satu token CEX yang paling menarik dan berprestasi tinggi,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Fungsi dan pertumbuhannya menunjukkan potensinya. Dengan setiap pembakaran, kami melabur dalam masa depan BGB yang dipacu oleh komuniti yang kukuh dan pertumbuhan yang berterusan.”

Pembakaran token baru-baru ini mengurangkan jumlah bekalan dan membina keyakinan pemegang jangka panjang dengan mengurangkan tekanan inflasi. Ini mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk sokongan harga dan kematangan ekosistem. Seiring pertumbuhan Bitget, jumlah pembakaran dijangka meningkat, sekaligus mengukuhkan lagi dinamik deflasi yang menyokong penilaian BGB.

Dengan penekanan kepada pertumbuhan platform dan inovasi produk, Bitget terus mendorong penjajaran strategik dengan ekosistem token. Pembakaran suku tahun ke-2 mencerminkan keyakinan terhadap kedudukan jangka panjang BGB sebagai token utiliti yang kukuh dalam ruang kripto.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang dahulunya ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 blockchain dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp, dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/050ab765-e03d-48a9-94e2-3c3cf3562e4d


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service